SENGGUGUT? ADAKAH ENDOMETRIOSIS?

By | 19/08/2017
senggugut

Adakah dikalangan kita mengalami kesakitan yang sedikit sederhana atau kuat ketika datangnya haid? Senggugut bahaya atau tidak? Mengikut kata orang tua-tua sakit sengugut akan hilang selepas berkahwin. Mari ketahui apakah yang dimaksudkan dengan Endometriosis dan kesannya terhadap tahap kesuburan.

Selalunya wanita yang mengalami rasa sakit senggugut ketika haid beranggapan itu adalah perkara yang normal sepanjang metruasi berlaku. namun sedarkah kita simptom tersebut mungkin disebabkan penyakit yang dinamakan ENDOMETRIOSIS.

APAKAH ENDOMETRIOSIS?

Endometriosis merupakan gangguan pada sistem reproduktif wanita. Tisu endometrial@endometrium merupakan lapik normal pada bahagian uterus. Endometriosis boleh berlaku sekiranya tisu ini berada dibahagian luar uterus seperti pinggul dan pelvis.

Walaupun punca sebenar Endometriosis masih belum di kenal pasti, namun ia dipercayai berlaku akibat tisu normal yang terkeluar dari bahagian uterus. Tisu ini termasuk ke dalam tiup falopio dan seterusnya ke bahagian pinggul sewaktu kedatangan haid. Fragmen tisu ini akan tersemai dan berkembang di sekitar tisu pinggul dan kadangkala pada organ lain.

Fragmen ini diperbuat daripada tisu yang sama seperti yang terdapat pada uterus. Oleh itu, ia bertindak balas dengan perubahan hormon yang berlaku sewaktu kitaran haid menyebabkan pendarahan. Berbeza dengan darah haid, darah yang terhasil daripada tindak balas ini tidak dapat mengalir keluar. Ini menyebabkan kawasan tisu yang tersemai akan membengkak. Sebahagian daripada darah dan tisu itu akan membentuk risa lendir. Kadangkala ia dikenali risa lendir coklat (cyst) kerana warnanya. Pengeluaran secara berterusan akan menyebabkan tisu luka dan berparut.

e1

Perbezaan rahim yang mempunyai Endometriosis

 

KESANNYA TERHADAP KESUBURAN.

Endometriosis mempunyai kaitan dengan ketidaksuburan. Namun terdapat juga wanita yang masih subur walaupun mengalami Endometriosis. Endometriosis sering didakwa sebagai faktor yang menyebabkan kepada ketidaksuburan dikalangan wanita yang berusia lebih daripada 25 tahun. Dianggarkan bahawa tiga perdua daripada wanita mempunyai masalah ketidaksuburan mengalami Endometriosis.

Mengapa Endometriosis boleh mengakibatkan ketidaksuburan juga masih belum dapat dipastikan secara tepat. Tiub falopio yang mengalami masalah ini kemungkinan telah rosak. Ini menyebabkan agak mustahil telur dapat disenyawakan dengan sperma. Selain itu, ada wanita yang mempunyai risa lendir coklat pada bahagian ovari. Terdapat sebahagian wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan meskipun Endometriosisnya tidak teruk atau tidak terdapat Endometriosis pada tiub atau ovari.

Kesakitan merupakan petanda utama Endometriosis. Namun, tahap kesakitan adalah berbeza-beza. Kadangkala wanita yang mengalaminya akan berasa seperti ditikam-tikam dengan benda tajam, kesakitan yang berterusan atau sekejap-kejap dan kekejangan.

 

SITUASI YANG MENIMBULKAN RASA SAKIT.

  • Sewaktu kedatangan haid (kesakitan yang sedikit sederhana ataupun kuat).
  • Ketika ovulasi (kesakitan yang sedikit, sederhana ataupun kuat pada pertengahan haid).
  • Kesakitan dalam perut sewaktu haid, pergerakan perut atau ketika membuang angin.
  • Semasa atau selepas melakukan hubungan seks.
  • Ketidaksuburan.
  • Cirit-birit atau sembelit.
  • Pendarahan yang banyak ataupun tidak teratur.
  • Tekanan diperingkat awal haid. Terdapat sesetengah wanita yang mengalami kesakitan akibat pembinaan sedikit tisu. Ada juga wanita lain yang mempunyai simptom yang sedikit meskipun mendapat peningkatan tisu yang tinggi.

 

DIAGNOSIS.

Kewujudan Endometriosis boleh didiagnosis dengan mendapatkan nasihat dan ujian pada peringkat awal. Namun, diagnosis ini boleh dibuat apabila telah terdapat kehadiran Endometriosis yang ketara. Antara yang boleh dilakukan iaitu membuat ujian darah untuk mengesan protein tertentu yang dihasilkan oleh wanita berkenaan. Selain itu, dengan menggunakan prosedur pembedahan iaitu laparoscopy yang membolehkan doktor melihat keadaan ovari, tiub falopio, uterus, pelvik dan organ lain. Ultrasound juga boleh digunakan untuk melihat imej pelvik jika terdapat Endometriosis.

 

RAWATAN.

Terdapat dua kaedah rawatan:

1) Terapi perubatan

Terapi ini bertujuan untuk menghalang ovulasi dan haid. Antara ubatan yang digunakan ialah pil penghalang kehamilan, progesteron, duphaston, danazol, synarel dan zoladex. Penggunaan ubat-ubatan ini tidaklah sentiasa efektif.

Ubat-ubatan ini biasanya perlu diambil dalam tempoh enam bulan. Ini bergantung pada tahap kesihatan. Hormon sintetik menghalang ovari daripada menjalankan fungsinya iaitu dengan cara bertindak terhadap kelenjar pituitari. Ini menyebabkan hormon untuk merangsang evolisi tidak dapat dihasilkan. Tisu Endometriosis tidak berpeluang untuk berdarah apabila wanita tidak mengalami haid. Ini sekaligus membolehkan bahagian yang membengkak itu sembuh semula.

Terdapat beberapa kesan sampingan akibat pengambilan ubat-ubatan ini. Antaranya seperti peningkatan berat badan dari satu hingga empat kilogram ataupun mengalami penyusutan saiz pada buah dada. Selain itu, wanita juga boleh mengalami masalah jerawat, pertumbuhan bulu yang banyak, kuulit berminyak serta mempunyai simptom menopaus seperti rasa mual. Simptom ini boleh diterbalikkan dengan menyambung semula pengambilan ubatan. Fungsi normal ovulasi dan ovari juga akan kembali seperti biasa apabila wanita berhenti dari pengambilan ubat.

Kaedah rawatan ini mampu memberikan kelegaan segera pada wanita yang menghadapi simptol-simptom ini. Tidak semua wanita menderita akibat kesan sampingan ini. Namun bagi sesetengah wanita, kesan sampingan yang mereka alami adalah teruk.

2) Pembedahan

Melalui kaedah pembedahan, kesakitan akibat masalah Endometriosis dapat dihilangkan terutamanya bahagian risa lendir coklat yang terbentuk di ovari. Pembedahan ini dapat membantu pesakit untuk mendapatkan semula anatomi yang normal.

Prosedur pembedahan ini boleh dilakukan sama ada untuk memindahkan tisu yang berparut ataupun pembedahan mikro. Pembedahan ini boleh dilakukan dengan menggunakan teknologi laser. Kini, kaedah ini semakin kerap digunakan. Selain itu, sebanyak 79% daripada wanita yang mengalami masalah Endometriosis dilaporkan hamil ekoran daripada gabungan kedua-dua rawatan ini.

(Penerangan dari Dr. Faridah Jabar : Pegawai Perubatan Bius Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor)

 

ENDOMETRIOSIS SAMA DENGAN CYST?

Endometriosis adalah kesakitan ketika haid, ovulasi atau ketika / sedang / selepas melakukan seks. Namun, cyst pula adalah ketumbuhan yang boleh berlaku akibat daripada Endometriosis. Ketumbuhan ini selalu terjadi dibahagian ovari wanita dan lebih kepada bersifat cecair. Walaupun cyst telah dibuang, kemungkinan cyst ini boleh berulang kerana seseorang wanita akan terus menerus mengalami kitaran haid seperti biasa. Oleh sebab itu, Endometriosis boleh terjadi semula dan menghasilkan darah yang akan terkumpul dan seterusnya membentuk endometrioma. Jika penghidap Endometriosis membuat ujian darah, ia akan mempunyai paras Ca125 yang tinggi daripada biasa kerana tisu Endometriosis akan menaikkan paras Ca125 didalam badan pesakit. Tapi tidak semestinya semua paras Ca125 akan menunjukkan kanser. Jadi penting untuk wanita yang berasa ada simptom-simptom tersebut berjumpa dengan pakar untuk kepastian lanjut.

 

CIRI-CIRI PESAKIT ENDOMETRIOSIS :

A -“Saya mengalami masalah senggugut yang teruk sebelum dan semasa kedatangan haid sehingga hanya mampu terbaring dalam keadaan mengiring bila mana datang rasa kejang.”

B – “Saya terpaksa mengambil cuti sakit pada setiap bulan dalam 3 – 4 hari kerana mengalami muntah-muntah yang teruk ketika haid.”

C – “Bahagian perut saya sangat sakit ketika melakukan hubungan kelamin bersama suami.”

D – “Darah haid saya keluar dengan banyak sepanjang tempoh metruasi menyebabkan saya mengalami keletihan yang teruk.”

E – “Kadang kala saya tidak mampu berdiri tegak kerana sakit di bahagian ari-ari dan saya boleh pengsan kerana menanggung kesakitan di hari pertama haid.”

F – “Saya sudah berkahwin enam tahun dan mengalami senggugut yang teruk di setiap bulan. Sehingga kini saya masih belum hamil.”

G – “Saya pernah mengandung diluar rahim.”

H – “Darah haid yang keluar amat sedikit tapi saya berasa senak di bahagian perut”

I – “Saya mengalami keguguran diawal kandungan kerana tiba-tiba saya merasa sakit yang kuat pada bahagian pinggang.”

 

ANTARA MAKANAN YANG DISARANKAN :

– Makan makanan anti-inflammatory diet.

Jangan ambil makanan jenis tenusu sepenuhnya selama tiga minggu. Baca label dengan berhati-hati dan elakkan semua makanan yang mengandungi whey, casein dan susu lembu atau protein susu, kerana hormon estrogenik binatang mungkin ada (secara semulajadi berlaku dan buatan).

– Makan hanya daging organik untuk mengelakkan pendedahan estrogen tambahan.

– Elakkan makanan soya kerana soya juga bersifat estrogenik.

– Elakkan alkohol (ia memberi kesan kepada bagaimana estrogen dimetabolismakan dalam badan).

– Sentiasa pilih makanan organik jika boleh.

– Makan raspberi merah untuk membantu proses metabolisme dalam badan kerana buah ini mengandungi serat yang baik disamping mengurangkan sindrom prametruasi.

 

SUPLEMEN YANG DISYORKAN :

VIVIX

Dalam kandungan Vivix terdapat restrevatrol yang bertindak sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser. Restrevatrol paling banyak didapati terdapat dalam buah anggur jenis Muscadine yang mempunyai kepekatan tertinggi resveratrol kerana kulitnya yang tebal dan bijinya banyak dimana tempat resveratrol terkumpul. Jadi amatlah penting restrevatrol dalam memulihkan DNA yang rosak akibat radikal bebas. Dan menariknya, di dalam Vivix terdapat 10 kali ganda restrevatrol kerana ia turut terdapat kandungan polyganum cuspidatum yang juga tinggi restrevatrol. Kerana itu resveratrol juga sering dirujuk sebagai “the fountain of youth” kerana manfaat kesihatannya yang banyak dan meluas. Banyak kajian dan ujian yang telah dilakukan oleh saintis untuk menguji keberkesanan Vivix termasuklah untuk yang menghidap Endometriosis, senggugut dan masalah ketidaksuburan. Ini kerana Vivix mampu menyekat penyerapan estrogen dan seterusnya membantu mencegah pertumbuhan sel yang tidak diperlukan akibat pengaruh hormon.

 

OMEGA GUARD

Di dalam Omega Guard terdapat minyak ikan laut dalam yang mengandungi DHA dan EPA untuk mengurangkan keradangan dan membantu dalam sistem saraf supaya lebih baik. Untuk penghidap Endometriosis boleh mula dengan sebiji kapsul Omega Guard setiap hari dan tambah bilangan kapsul dua – tiga biji kapsul setiap hari pada minggu berikutnya. Ini adalah kerana untuk melihat tahap kesesuaian badan pesakit. Namun, amatlah penting bagi pesakit Endometriosis untuk mengambil Omega Guard kerana didalamnya terdapat omega-3 yang boleh mengurangkan keradangan, dan seterusnya membantu mengurangkan risiko dan gejala pelbagai gangguan yang dipengaruhi oleh keradangan. Ini termasuk serangan jantung, strok, dan juga beberapa bentuk kanser.

 

GLA COMPLEX

Antara kandungan dalam GLA Complex ialah minyak borage, minyak bunga matahari dan vitamin E. Didalam minyak borage ada mengandungi asid gamma linolenik (GLA) yang mempunyai asid lemak omega-6, yang boleh diubah kepada bahan-bahan yang mengurangkan keradangan dan pertumbuhan sel yang baru. Ini secara tak langsung dapat memberi kelegaan semasa kitaran haid bulanan. GLA Complex juga sesuai untuk mereka yang berasa sakit pada bahagian payudara sebelum atau semasa metruasi berlaku.

 

OSTEMATRIX

Ostematrik Shaklee mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D untuk membekalkan nutrien-nutrien dalam menguatkan tulang serta otot. Kalsium dan magnesium penting untuk memulihkan dan meringankan rasa kebas dan kejang ketika prametruasi berlaku. Ia juga dapat melegakan rasa sakit sewaktu haid kerana kelancaran saraf dan pengecutan otot dapat berlaku dengan baik jika kalsium diambil secukupnya berserta kelancaran sistem pencernaan. Sekiranya kalsium dan magnesium tidak mencukupi dalam nutrien harian, pesakit Endometriosis akan merasa senggugut yang lebih teruk berserta retensi air.

 

B COMPLEX

B Complex Shaklee menawarkan 8 jenis vitamin B yang lengkap bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu menukarkan protein, lemak serta karbohidrat kepada tenaga. Pesakit Endometriosis selalunya akan mengalami keletihan yang berlebihan apabila tiba haid kerana kesakitan yang dialami. Selain itu, aktiviti harian pesakit akan terganggu kerana merasakan sakit yang kuat sewaktu kitaran haid. Penting bagi pesakit mengambil B Complex untuk mengurangkan rasa stress dan menguatkan antibodi tubuh badan. Ia juga sesuai untuk pesakit Endometriosis yang sedang merancang kehamilan kerana asid folik dan B12 yang terdapat didalamnya mampu membantu pembentukkan sel-sel darah merah dan membantu mencegah kecacatan tiub neural pada awal trimester pertama.

 

set endometriosis shaklee

Set Endometriosis Shaklee

 

KESIMPULAN MENGENAI ENDOMETRIOSIS.

Jika kita mengalami simptom senggugut yang teruk disetiap kali kedatangan haid terutamanya dibahagian bawah perut dan pinggang, maka jangan berlengah-lengah, boleh terus berjumpa doktor untuk bertanyakan mengenai masalah yang dihadapi. Sebagai seorang wanita, kita perlu membuang perasaan malu jika ada yang berkaitan dengan simptom-simptom ini. Kerana kelewatan dalam mendapatkan rawatan akan menjadikan tahap kesihatan lebih parah dan kronik. Masalah Endometriosis ini juga dapat dikesan lebih awal jika kita mendapatkan rawatan dengan pakar. Isteri kepada selebriti Fizo Omar iaitu Mawar Fareeda juga mengalami senggugut yang teruk setiap kali haid dan beliau terus merujuk kepada pakar berkaitan masalah ini.  Kelewatan beliau hamil adalah disebabkan senggugut teruk dan Endometriosis, namun setelah mendapatkan rawatan yang selanjutnya dari doktor, kini beliau sudah hamil dan sakit Endometriosis berjaya dikurangkan.

 

Amatlah penting kepada wanita yang mengalami Endometriosis untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, makan makanan yang seimbang dan membebaskan diri daripada tekanan. Pesakit yang menghidapi Endometriosis juga perlu kekal sihat dan ceria supaya tidak memburukkan lagi keadaan. Secara purata 1 daripada 10 wanita menghidap Endometriosis dan hampir 176 juta wanita didunia mengalaminya. Maka perhatian serius perlu diberi jika ada simptom Endometriosis didalam ahli keluarga, sahabat atau sesiapa sahaja termasuk diri kita supaya jangan terus menerus hidup dalam kesakitan, kemurungan dan tekanan.

 

Untuk yang mempunyai masalah berkaitan hal ini dan ingin berikhtiar untuk sihat dengan produk set Endometriosis Shaklee, boleh terus call, mesej atau whatApps untuk dapatkan harga yang terbaik beserta cara pengambilan yang tepat. Jom hargai dan jaga rahim kita yang satu ini kerana ia juga adalah mahkota setiap wanita.

Izzati Zainal
017-4583753
COD Putrajaya / Taiping,Perak

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang pesakit. Keputusan mungkin berbeza bagi setiap individu.

7 thoughts on “SENGGUGUT? ADAKAH ENDOMETRIOSIS?

    1. izzati zainal Post author

      tq mentor.. moga bermanfaat.

      Reply
    1. izzati zainal Post author

      betol. ada yang guling-guling, tapi masih taknak mendapatkan rawatan yg sewajarnya.

      Reply
  1. musadun

    info sangat berguna… walaupun penerangan sangat panjang..tapi habis juga baca..hahahhaa

    Reply
    1. izzati zainal Post author

      hehe. pjg sebab masih ramai yg kurang paham bkenaan ini. kita kasi terang bagi jelas. =)

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge