Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan

By | 05/05/2016

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan

Baru-baru ini ada berita tentang radikal bebas daripada bahan kimia sintetik menyebabkan penuaan. Siapa ada baca keratan akhbar baru-baru ini berkenaan syarikat Dettol telah disaman kerana menyebabkan masalah kesihatan dan kematian. Katanya kejadian berlaku di Korea.

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Dettol Korea disaman kerana menyebabkan kematian dan penyakit berkaitan peparu

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Dettol Korea disaman kerana menyebabkan kematian dan penyakit berkaitan peparu

Di dalam kejadian tersebut, produk yang digunakan adalah penyegar udara yang mereka gunakan pada musim sejuk. Sebenarnya ini bukan perkara baru, sewajarnya kita juga sudah mula mengurangkan penggunaan bahan sintetik sebegini. Antara bahan yang ditemui dalam produk ini adalah:

  1. phthalates – bahan yang mengganggu sistem endokrin. Phthalates ada bermacam jenis, dalam satu-satu produk boleh mengandungi sehingga 3 jenis phthalates.
  2. toluena – bahan yang boleh merosakkan hati, buah pinggang dan otak jika terdedah terlalu lama

Kita maklum bahawa produk yang lain juga bertaraf sintetik. Yang mana ianya sangat berbahaya kepada tubuh kita. Ini kerana produk sintetik seperti ini akan menyebabkan radikal bebas bersarang dalam tubuh kita.

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Antara barang yang diperbuat daripada phthalates

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Antara barang yang diperbuat daripada phthalates

Setiap Hari Kita Terdedah Kepada Sekurang-kurangnya 126 bahan kimia berbahaya

Ambil contoh seorang wanita daripada bangun tidur hingga tidur, dia akan terdedah kepada 126 jenis bahan kimia berbahaya. Ini kerana seseorang wanita kemungkinan akan menggunakan bahan berikut:

  • Mandian
  • Ubat Gigi
  • Pewangi
  • Pencuci muka dan set kebersihan muka
  • Alat mekap
  • Sabun pencuci pinggan
  • Sabun basuh
  • Pewangi kereta
  • Dan lain-lain lagi.

Semua ini mengandungi toksin dan radikal bebas yang berbahaya kepada kita. Ini maksudnya tidak boleh gunakah? Boleh, tapi pastikan anda:

  • Kalau ada alternatif bahan yang selamat, beralihlah kepada bahan yang selamat.
  • Kalau tiada bahan yang selamat, minimakan penggunaan.

Dalam artikel ini saya akan jelaskan berkenaan salah satu penyebab penuaan iaitu radikal bebas.

Apakah Radikal Bebas Dari Bahan Sintetik Yang Punca Penuaan

Dalam ayat yang mudah difahami, radikal bebas seumpama satu objek yang terencat. Apabila terencat ianya jadi tidak stabil dan sentiasa cuba untuk mengganggu objek lain.

Radikal bebas kadangkala boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh kita akibat stress, atau terhasil daripada faktor luaran seperti asap rokok, bahan-bahan pencemar lain, bahan kimia daripada makanan dan sinaran ultra ungu.

Jika banyak radikal bebas di dalam tubuh inilah mendedahkan kepada penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser. Radikal bebas juga merosakkan kulit dan seterusnya menyebabkan penuaan sel kulit pra matang.

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Penyakit kronik hari ini disebabkan kebanyakannya oleh radikal bebas

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Penyakit kronik hari ini disebabkan kebanyakannya oleh radikal bebas

Bagaimana Radikal Bebas Dari Bahan Punca Penuaan

Radikal bebas memang secara semulajadi terbentuk di dalam tubuh kita kerana ia merupakan produk sampingan daripada fungsi normal sel. Namun, jumlah radikal bebas yang dihasilkan setiap hari tidaklah sama.

Pencemaran udara, makanan tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal atau bersenam, semua ini menentukan berapa banyak radikal bebas yang terbentuk.

Malangnya radikal bebas ini tidak hanya merosakkan satu sel tapi membentuk kesan domino sehingga kerosakan yang berlaku semakin meluas.

Contohnya, ketika radikal bebas mengoksidakan asid lemak, akan mengubah asid lemak menjadi radikal bebas, yang kemudian merosakkan asid lemak lain. Rantai reaksi ini berlaku sangat cepat. Terdapat 2 cara penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas:

Enzim Superoksida Dismutase Kurang Berfungsi Disebabkan Oleh Radikal Bebas Bahan Sintetik Punca Penuaan

Ketika kita masih muda, sel-sel badan mempunyai sistem pertahanan yang dikenali sebagai SOD (superoksida dismutase). Enzim yang merupakan antioksidan ini memang secara semula jadi berada di dalam tubuh untuk menentang radikal bebas.

Seiring bertambahnya usia, enzim SOD tidak lagi boleh bekerja dengan optimum. Akibatnya kehadiran radikal bebas jauh lebih kuat berbanding dengan keupayaan antioksidan dalam tubuh untuk memeranginya.

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: SOD semakin kurang berfungsi menyebabkan penuaan pra matang

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: SOD semakin kurang berfungsi menyebabkan penuaan pra matang

Semakin besarnya kekuatan radikal bebas, semakin besar pula kerosakan sel yang berlaku. Itu sebabnya organ-organ di dalam tubuh semakin terdedah dihinggapi penyakit seperti kanser, gangguan jantung, kerana rosaknya sel-sel di otak, penyakit alzheimer, parkinson dan sebagainya.

Selain radikal bebas di dalam badan, kini semakin banyak juga radikal bebas yang menyerang dari persekitaran luar tubuh. Contoh radikal bebas dari luar seperti:

  • Sinar ultraviolet matahari yang berlebihan juga merupakan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan oksidatif pada sel-sel kulit.
  • Bahan-bahan kimia daripada produk-produk yang kita gunakan seharian turut menyebabkan radikal bebas bersarang dalam tubuh.

Kerosakan kepada Mitokandria Akibat Radikal Bebas Bahan Sintetik Punca Penuaan

Kerosakan akibat radikal bebas turut memberikan kesan kepada DNA, terutama pada sel mitokandria. Radikal bebas menyebabkan sel bermutasi secara tidak terkawal. Lama kelamaan ia menyebabkan tubuh menua secara pra matang dan penyakit pun berlaku.

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Mitokandria yang mengalami disfungsi akibat DNA bermutasi menyebabkan penuaan pra matang

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Mitokandria yang mengalami disfungsi akibat DNA bermutasi menyebabkan penuaan pra matang

Bagaimana Mengelakkan Keaktifan Radikal Bebas Dari Bahan Sintetik

Pengambilan Makanan Tinggi Antioksidan Membantu Mengelakkan Penuaan Punca Radikal Bebas Bahan Sintetik

Untuk membantu antioksidan tubuh melawan radikal bebas, tubuh kita perlu mengambil antioksidan dari luar yang boleh kita peroleh dari pelbagai makanan.

Antioksidan adalah sejenis bahan kimia yang boleh memberikan sebuah elektron yang diperlukan radikal bebas, tanpa menjadikan dirinya berbahaya.

Dengan demikian, antioksidan dapat menghentikan serangan radikal bebas sehingga dapat memperlahankan penuaan dan mengelakkan penyakit akibat degenerasi.

Antara makanan yang kaya dengan antioksidan adalah

  • Buah-buahan berries seperti blueberi, strawberi, blackberi dan lain-lain
  • Durian belanda
  • Delima
  • Teh hijau
Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Makanan kaya antioksidan membantu meneutralkan aktiviti radikal bebas

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Makanan kaya antioksidan membantu meneutralkan aktiviti radikal bebas

Selain pengambilan secara langsung daripada makanan, anda juga boleh mengambil vitamin atau suplemen untuk melengkapkan nutrisi anda. Anda juga perlu tahu pengambilan suplemen dan vitamin dewasa ini merupakan satu keperluan.

Dalam artikel akan datang saya akan dedahkan lagi berkaitan suplemen dan vitamin yang sesuai untuk kita menentang penuaan pra matang dan radikal bebas.

Minimumkan Pendedahan Punca Radikal Bebas Seperti Bahan Kimia dan Toksin Punca Penuaan

Sangat penting untuk kita meminimumkan pendedahan kepada bahan kimia dan toksin berbahaya. Memang sukar sebenarnya hendak lari daripada penggunaan bahan kimia ini. Berikut saya senaraikan pendedahan kita terhadap bahan kimia setiap hari:

  • Ayam (cucuk)
  • Racun serangga pada sayuran dan buah-buahan
  • Penggunaan alat mekap
  • Bahan pencuci pakaian
  • Bahan pencuci rumah dan pinggan mangkuk
  • dan banyak lagi

Namun, zaman sekarang banyak juga alternatif kepada produk kegunaan harian. Contohnya produk yang diperbuat secara organik atau produk bebas bahan berbahaya. Contohnya dari jenama Shaklee yang memang berikrar dengan senarai tidak seperti berikut:

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Jaminan Shaklee produknya tidak mengandungi bahan berbahaya

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Jaminan Shaklee produknya tidak mengandungi bahan berbahaya

Shaklee begitu yakin dalam hal penggunaan bahan yang selamat ini. Sebab apa, kalau tidak betul, kita sebagai pengguna boleh saman Shaklee kalau pernyataan ini tidak benar.

Terdapat kajian penggunaan produk MLM untuk tempoh 3 tahun di mana Shaklee hanya mendapat aduan sebanyak 10 aduan sahaja. Itupun hanya aduan berkaitan isu teknikal umpamanya penghantaran dan sebagainya.

Berhenti Merokok

Asap rokok merupakan penjana radikal bebas yang sangat aktif. Berhenti merokok akan dapat mengurangkan radikal bebas dan memelihara kesihatan.

Kesimpulan

Kesimpulannya untuk mengelakkan penuaan pra matang, seeloknya kita elakkan radikal bebas daripada bertimbun di dalam tubuh kita. Kita mungkin merasakan ini tidak penting, namun begitu saat kita terkena penyakit, pada ketika itu barulah kita tahu kepentingan penjagaan tubuh yang sihat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Anda juga boleh dapatkan suplemen khususnya berkaitan anti penuaan daripada saya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

Carian anti penuaan :

31 thoughts on “Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan

  1. Bahrain

    Pengguna Dettol Shower gel tu la produk yang sesuai dengan kulit badan kalau produk lain mesti naik jerawat kat badan. Nasib baik pewangi dettol je yang berbahaya kat Korea. Dunia sekarang memang penuh dengan bahan kimia memang tak terlepas kena pandai2xla kita menimakan penggunaan bahan kimia.

    Reply
    1. raihanah Post author

      Saya rasa bukan pewangi je tu, tapi kena tengok baliklah senarai ramuan yang digunakan tu. Sebab kalau guna sesekali ok, tapi kalau selalu sangat itulah yang jadi masalah.

      Reply
        1. raihanah Post author

          betul tu, gunakan seadanya sahaja

          Reply
    1. raihanah Post author

      memang susah sbb dah 95% kira2nya kan. tapi cubalah minimakan sebab ada je alternatif sekarang ni

      Reply
      1. Master H

        saya suka kepada kaedah yang meminimakan…
        dan dalam masa yang sama ada alternatif tulah yang nak kita cuba

        Reply
        1. raihanah Post author

          betul tu tuan, try minimakan dan pada masa yang sama look for alternatif

          Reply
  2. Mummydearie

    Sekarang ni memang sukarlah nak mengelakkan produk yang melibatkan radikal bebas. Dari senarai yang diberi tu, memang hampir semua saya gunakan. Saya ni lagilah, suka betul yang wangi-wangi. Kalau ada bau wangi, lagi best rasanya tapi yang kita tak tahu, itulah antara punca-puncanya ya. Aduhai …

    Reply
    1. raihanah Post author

      cuba minimakan MD dan pada masa yang sama cuba alternatif. Contohnya bahan penjagaan rumah Shaklee pun ada (dish wash, produk serbaguna, pencuci pakaian). pewangi semua tu try pakai natural. contohnya daun pandan. saya bagi cadangan je puan

      Reply
  3. nikkhazami

    sekarang ni dah banyak produk yg kurang bahan kimia. sebab tu kena sentiasa baca penerangan pada botol

    Reply
    1. raihanah Post author

      bahan sintetik lebih murah, sebab tu penggunaannya memang meluas

      Reply
  4. • Ain Cho'in •

    Padahal Dettol salah satu product yang famous kan..Tapi yelah, kalau benda nak jadi, tak boleh nak buat ape lah..Amalkan product lain pulak lah.. 🙂

    Reply
    1. raihanah Post author

      kena slowly minimakan penggunaan

      Reply
  5. maCy

    hmm susahnya nk elak dr bhn2 sntetik.. speatutnya teknologi memudahkan. tp byk memudaratkan. memang sebaiknya kalau ada bahan2 organik, pakai organik je..

    Reply
    1. raihanah Post author

      itulah, tapi memang kena banyak invest la juga sbb bahan organik bukan murah. the reason depa guna sintetik sbb bahan tu lebih murah dan tahan lebih lama. cam ayam suntik jugala, nak cepat produktion so depa suntik kasi gemuk cepat.

      Reply
    1. raihanah Post author

      alhamdulillah untuk kita manfaatkan juga

      Reply
  6. lisa

    selalunya saya amalkan yang teh hijau dan makan bnyak syur. kerja mmg kurang atau tak terdedah langsung dengan matahari ..

    Reply
    1. raihanah Post author

      tak banyak, sikit pun pasti ada kena juga cik dengan radikal bebas ni. tapi memang bestlah kalau dapat minimakan saja kan.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge