Apakah Anti Penuaan dan Kepentingannya

By | 04/05/2016

Apakah Anti Penuaan dan Kepentingannya

Sana-sini orang bercakap tentang Anti Penuaan, sehingga ada juga yang salah faham berkenaannya. Ada yang kata buat apa hendak melawan penuaan, sebab kita semua pun memang akan tua. Ini pendapat yang tidak tepat disebabkan kurang maklumat. Dalam artikel ini saya akan menerangkan berkenaan anti penuaan dan mengapa perlunya kita melawan penuaan.

Apakah Anti penuaan?

Daripada artikel Kepentingan Anti Penuaan

Penuaan adalah satu istilah ringkas untuk satu set proses yang menyumbang kepada kemerosotan kesihatan dan akhirnya mati dengan peredaran masa.

Dalam erti kata lain apa-apa proses, yang menyumbang kepada penurunan yang berkaitan dengan usia dalam prestasi, produktiviti dan kesihatan adalah satu komponen daripada proses penuaan yang memerlukan perhatian.

Anda boleh memikirkan penuaan sebagai satu kumpulan proses bertanggungjawab manifestasi seperti meningkatkan risiko kelemahan, hilang upaya, morbiditi (penyakit-penyakit degeneratif yang berkaitan dengan usia khususnya) dan seterusnya meningkatkan kadar kematian.

Daripada istilah di atas jelas penuaan bukanlah semata-mata berkaitan kecantikan atau awet muda.

Penuaan memang akan berlaku kepada setiap orang, tetapi cepat atau lambat adalah bergantung kepada perkara di atas. Anda pernah lihat situasi berikut:

  • Seorang lelaki berumur 27 tahun tetapi penuh uban di kepala?
  • Seorang gadis berumur 22 tahun tetapi sudah ada kanser payudara?
  • Seorang kanak-kanak berumur 13 tahun sudah ada penyakit sopak?
  • Bagaimana pula kanak-kanak seawal umur 2 tahun sudah menghidap kanser?

Semua ini sukar untuk dijelaskan sebab musababnya. Namun begitu kebanyakan saintis menyimpulkan salah satu faktor adalah penuaan yang sangat pantas dan pemakanan tidak sihat.

Kepentingan Anti Penuaan: Kita mahu tubuh yang sihat dan panjang umur untuk beribadah dengan baik dan selesa

Kepentingan Anti Penuaan: Kita mahu tubuh yang sihat dan panjang umur untuk beribadah dengan baik dan selesa

Peranan Sel Dalam Badan Manusia

Tubuh manusia terdiri dari unit-unit yang dikenali sebagai. Sel ini memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup untuk manusia. Untuk kekal sihat dan kuat, sel ini memerlukan pemakanan yang seimbang dan lengkap dengan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Tubuh badan manusia akan secara semulajadi membaikpulih dan menggantikan sel-sel yang telah tua atau mati dengan sistematik dan teratur.

 

  • Sel-sel badan akan digantikan dengan sel-sel yang lemah kerana kekurangan makanan yang seimbang dan kurang nutrien. Proses ini dikenali sebagai degenerasi.
  • Sel-sel badan akan digantikan dengan sel-sel yang berkualiti sama dengan yang asal kerana bekalan makanan yang mencukupi.
  • Sel-sel badan akan digantikan dengan sel-sel yang lebih baik, lebih kuat dan lebih segar. Dengan pemakanan dan nutrien yang mencukupi proses ini dipanggil penjanaan semula. Inilah yang dikenali sebagai anti penuaan.

Faktor Penyebab Penuaan

Terdapat beberapa faktor yang merangsang penuaan kepada proses penuaan semulajadi manusia. Antaranya adalah:

Kepentingan Anti Penuaan: Antara faktor penuaan pra matang

Kepentingan Anti Penuaan: Antara faktor penuaan pra matang

Cahaya Matahari

  • Cahaya matahari merupakan faktor luaran yang memberikan pengaruh kepada penuaan semulajadi
  • Waktu yang paling berbahaya dan sewajarnya untuk dihindari ialah ketika sinar UV di antara jam 10:00 pagi sehingga 3:00 petang.

Radikal bebas

  • Radikal bebas adalah antara teori yang paling diakui oleh kebanyakan saintis.
  • Teori ini mula diketengahkan oleh Professor Denham Harman pada tahun 1954. Ia menyatakan bahawa penuaan adalah disebabkan oleh pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas.

Sebenarnya ada banyak lagi faktor yang menyumbang kepada penuaan yang pra matang ini. Namun saya akan kongsikan lagi dalam artikel seterusnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Anda juga boleh dapatkan suplemen khususnya berkaitan anti penuaan daripada saya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

12 thoughts on “Apakah Anti Penuaan dan Kepentingannya

  1. Husna Rahman

    info yg sgt best kak..
    lg kuat sy punya desire nk pastikan kesihatan kekal cergas walau umur akan meningkat.
    =)

    Reply
    1. raihanah Post author

      kan husna, ramai ingat anti penuaan ni untuk cantik semata-mata end up mereka tak ambil suplemen anti penuaan

      Reply
  2. jida

    info yang berguna sis. Moga semakin ramai yang sedar bahawa bukan setakat cantik luaran je yang penting, kesihatan dalaman pun perlu perhatian juga.

    Reply
    1. raihanah Post author

      haa betul tu puan, sama2lah kita share perkara ni

      Reply
    1. raihanah Post author

      sama-sama, saling bertukar maklumat je ni

      Reply
    1. raihanah Post author

      alhamdulillah tapi appearance takleh jadi ukuran juga sebenarnya

      Reply
    1. raihanah Post author

      bukan muda sahaja, untuk sihat sekali

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge