Monthly Archives: May 2016

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat

By | 11/05/2016
7 Cara Atasi Psoriasis Secara Selamat

Saya pernah tulis berkenaan masalah cara atasi psoriasis dengan selamat dahulu, rasanya bertahun juga. Dan saya juga ada customer psoriasis yang telah lama menderita. Beliau hidapi psoriasis sehingga menyebabkan masalah sendi juga (arthritis). Sekarang hendak masuk bulan kedua, alhamdulillah walaupun perubahan masih perlahan, tetapi sakit sendi telah hilang dan masalah kulit perlahan-lahan bertambah baik.

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat Apakah psoriasis

Psoriasis adalah salah satu penyakit autoimmune (SLE) iaitu kecelaruan sistem imun badan. Keadaan ini menyebabkan sel kulit tidak mendapat aliran darah yang cukup menyebabkan sel kulit mati dengan cepat dan terdapat keabnormalan pada sel darah putih.

Proses sel kulit mati dan tertanggal untuk pesakit psoriasis mengambil masa 48 jam sehingga 1 minggu sahaja berbanding proses penggantian kulit normal antara tiga minggu hingga empat minggu sebelum sel mati tanggal.

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat: Punca Psoriasis

Antara punca penyakit psoriasis ini adalah:

  • Kecelaruan pada sistem imun
  • Terdapat gangguan pada sel darah putih
  • Tekanan emosi seperti stress keterlaluan
  • Alahan kepada makanan tertentu
  • Tindakbalas ubat-ubatan tertentu
  • Jangkitan bakteria atau virus
  • Persekitaran yang kurang mendapat pengudaraan yang baik seperti kawasan yang berhabuk dll
  • Faktor genetik

7 Cara Atasi Psoriasis: Kesan psoriasis

Salah satu kesan yang kita boleh nampak adalah pesakit psoriasis akan mengalami rasa rendah diri. Lain-lain kesan adalah:

  • Terganggu dari segi emosi dan sosial seperti malu, mudah tertekan dan rendah diri
  • Kulit sangat sensitif dan membengkak, mudah luka akibat menggaru serta cebisan kulit mudah tertanggal
  • Kulit menjadi kasar dan tidak sihat
  • Memerlukan perbelanjaan wang ringgit yang tinggi
  • Memerlukan tempoh masa yang lama untuk rawatan
  • Rambut gugur dari kepala
  • Kulit gugur dari badan
  • Kulit sakit apabila berpeluh atau memakai baju

Biasanya psoriasis menyerang tempat-tempat berikut:

  • Kulit kepala berkeruping
  • Kulit tangan
  • Kawasan sulit
  • Punggung
  • Kaki
  • Belakang badan
  • Siku
  • Lutut
  • Sekitar telinga

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat

Bagi anda yang masih tercari-cari alternatif kepada masalah psoriasis, apa kata anda mencuba cara yang kami cadangkan di bawah:

1. Elak stress, latih diri untuk sentiasa bertenang

Tekanan atau stress akan menyebab perkara berikut:

  • Mengurangkan keberkesanan sistem penghadaman, anda boleh dapat sembelit
  • Kelenjar adrenal akan merembeskan hormon stress yang menyebabkan pertambahan enzim kortisol. Enzim kortisol akan menyebabkan pengeluaran glukosa pada hati yang akhirnya menyebabkan darah tinggi
  • Tekanan menyebabkan otak semakin alert yang menyebabkan sakit kepala, kemurungan dan sukar tidur.
  • Menaikkan tekanan darah dan degupan jantung.

Cubalah untuk menangani stress anda, ia tidak baik untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi bagi pesakit autoimmune seperti psoriasis.

2. Elak terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama

Bagi pesakit SLE termasuk psoriasis, mereka sangat sensitif terhadap cahaya matahari. Ini kerana di dalam sinaran matahari mengandung sinar UV yang berbahaya kepada tubuh terutamanya kulit. Antaranya:

  1. Sinar UV B akan masuk ke epidermis dan merosakkan sel epidermis. Kulit semakin kering dan merekah sekiranya tidak memakai pelindung UV.
  2. Sinar UV B sangat bahaya kerana boleh menembusi dermis. Ia akan merosakkan kolagen dan elastin atau sel yang menghasilkan kolagen (fibroblas). Semakin usia kita meningkat akan menyebabkan keupayaan fibroblas yang menghasilkan kolagen akan berkurangan.

3. Elak memakai sabun sebarangan

a. Sabun pakaian dll

Sebagaimana pesakit ekzema, pesakit psoriasis juga sensitif terhadap bahan kimia sintetik. Kebanyakan serbuk pencuci mengandungi bahan perengsa yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan dan mengakibatkan reaksi alahan.

Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu sejenis bahan perengsa yang disenaraikan oleh EPA (Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Amerika) sebagai bahan berbahaya. Bersentuhan dengannya mampu menyebabkan kerengsaan atau kesan terbakar pada kulit dan mata manakala sentiasa terhidunya pula akan merengsakan hidung, kerongkong dan paru-paru seterusnya membawa kepada masalah batuk, asma atau sesak nafas.

Kulit yang bersentuhan dengannya akan menjadi kering, gatal dan mengakibatkan masalah alergi kronik dan ruam. Sebaiknya kalau anda ada masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema, cubalah amalkan bahan pencuci menggunakan organik. Contohnya dish wash, pencuci pakaian dan pencuci serbaguna Shaklee bagi menggantikan bahan pencuci harian yang bersifat sintetik.

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat: Set penjagaan rumah Shaklee bebas bahan beracun dan tidak mengandungi bahan yang boleh merengsakan kulit justeru selamat untuk pesakit psoriasis

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat: Set penjagaan rumah Shaklee bebas bahan beracun dan tidak mengandungi bahan yang boleh merengsakan kulit justeru selamat untuk pesakit psoriasis

b. Set shampoo dan pencuci muka

Begitu juga dengan penjagaan diri seperti sabun badan, shampoo dan pencuci muka. Mulalah bertukar kepada bahan organik atau selamat seperti yang dipunyai oleh Shaklee. Bagi shampoo, anda boleh pertimbangkan set prosante. Manakala bagi penjagaan kulit bolehlah bertukar kepada set nutriwhite.

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat: Set rambut prosante menggunakan bahan selamat justeru selamat untuk pesakit psoriasis

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat: Set rambut prosante menggunakan bahan selamat justeru selamat untuk pesakit psoriasis

 

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat: Set penjagaan kulit Nutriwhite selamat digunakan oleh pesakit psoriasis

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat: Set penjagaan kulit Nutriwhite selamat digunakan oleh pesakit psoriasis

 

4. Jaga pemakanan elak makanan yang menimbulkan keradangan

Pastikan anda jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan keradangan meletus seperti makanan laut dan kerang-kerangan. Ambil makanan yang tinggi Omega 3 dan Omega 6 kerana ia dapat mengelakkan keradangan pada kulit.

Makanan yang kaya dengan Omega-3 asid lemak termasuk salmon, tenggiri, halibut, sardin, tuna, flaxseeds, flaxseed minyak, minyak canola, kacang soya, minyak kacang soya, biji labu, labu benih minyak dan walnut.

5. Pastikan kulit sentiasa lembap

Pastikan kulit sentiasa dalam keadaan lembap, elak kulit kering serta minum air 8-10 gelas sehari termasuk jus buah, barli, air kelapa muda. Anda boleh gunakan pelembap seperti Herbal Blend yang boleh disapu setiap masa apabila diperlukan. Herbal blend adalah selamat, hatta kepada bayi sekali pun.

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat: Herbal Blend membantu mengatasi masalah kulit kering yang biasa dialami pesakit psoriasis

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat: Herbal Blend membantu mengatasi masalah kulit kering yang biasa dialami pesakit psoriasis

6. Jangan jemu untuk meneruskan rawatan di klinik atau mendapatkan rawatan alternatif

Bagi rawatan alternatif, saya syorkan penggunaan suplemen seperti Shaklee. Antara produk Shaklee yang anda boleh gunakan untuk masalah psoriasis adalah:

1. Vivix

Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik.

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti penuaan semulajadi.

Vivix membantu pesakit psoriasis dengan cara merawat DNA yang telah rosak akibat radikal bebas dan membetulkan gen-gen yang rosak.

2. Omega Guard

Menurut Evelyn Tribole, seorang pengarang buku “Ultimate Omega-3 Diet”, asid lemak Omega 3 boleh :-

  • mengurangkan keradangan kulit
  • memperbaiki sel kulit
  • mencegah dari bersisik
  • menghapuskan kemerahan kulit
  • melegakan kulit gatal
  • mengurangkan tindak balas sistem imun badan anda kepada T-sel, iaitu sel darah yang bertanggungjawab bagi pengeluaran kulit yang berlebihan dan yang berkaitan dengan psoriasis jenis kulit bersisik.

Dos harian yang disyorkan untuk asid lemak omega 3 adalah 400 mg untuk orang dewasa.

3. ESP

ESP merupakan protein soya diperbuat daripada soya non GMO dan mengandungi 9 jenis asid amono yang lengkap dan diperlukan oleh badan. Badan memerlukan 20 jenis asid amino. 11 jenis asid amino boleh dihasilkan oleh tubuh. 9 jenis lagi perlu didapati daripada pemakanan kerana tidak dihasilkan oleh tubuh.

Pemakanan sekarang kurang sihat dan kurang khasiat, agak sukar juga untuk kita mendapatkan 9 jenis asid amino yang diperlukan jika dengan pemakanan semata-mata.

ESP akan membantu memberikan asid amino yang diperlukan tubuh. Apabila asid amino dalam badan adalah lengkap, ia menjadi blok asas untuk pembinaan sel kulit baru, rambut yang sihat juga stabilkan hormon dalam badan.

4. B Complex

Menurut Jorge Kastner, pengarang buku “Terapi Pemakanan Cina: Dietetik dalam Perubatan Tradisional Cina”, Vitamin B9, juga dikenali sebagai asid folik, adalah vitamin larut air yang boleh

  • membantu dalam proses penyembuhan
  • melegakan kulit jengkel dan gatal
  • membaiki tisu-tisu yang rosak
  • mengawal pengeluaran sel.

Dos harian yang disyorkan untuk vitamin B9 adalah 400 mg untuk orang dewasa. Makanan yang kaya dengan vitamin B9 termasuk asparagus, beras putih, kacang hijau, brokoli, bijirin diperkaya, bayam, hati lembu, salad Romaine, germa gandum, jus tomato, jus oren, mi telur, telur, roti putih, pisang dan betik.

5. Ostematrix

Ostematrix adalah kombinasi kalsium, magnesium dan vitamin D, maka ianya juga sesuai untuk pesakit psoriasis. Menurut laporan Michael Zimmermann, pengarang yang buku “Itu Burgerstein Buku Panduan Pemakanan: Mikronutrien dalam Pencegahan dan Terapi Penyakit”. Vitamin D adalah satu antioksidan larut lemak yang boleh

  • meringankan kulit gatal
  • menyembuhkan luka
  • mengurangkan parut
  • mengurangkan keradangan
  • membaiki tisu-tisu yang rosak
  • menggalakkan kulit yang sihat
  • mengawal sel pengeluaran kulit. Vitamin D adalah satu antioksidan larut lemak yang boleh mengurangkan lesi kulit, meringankan kulit gatal, menyembuhkan luka, mengurangkan parut, mengurangkan keradangan, membaiki tisu-tisu yang rosak, menggalakkan kulit yang sihat dan mengawal sel pengeluaran kulit

Dos harian yang disyorkan untuk vitamin D adalah 15 mcg untuk orang dewasa. Makanan yang kaya dengan vitamin D termasuk salmon, tuna, susu, telur, keju Switzerland, yogurt dan sedia untuk makan bijirin. Dos harian yang disyorkan untuk vitamin D adalah 15 mcg untuk orang dewasa. Makanan yang kaya dengan vitamin D termasuk salmon, tuna, susu, telur, keju, yogurt dan sedia untuk makan bijirin.

Bagi produk sampingan pula, anda boleh pertimbangkan produk berikut:

  1. Herbal Blend
  2. Shaklee Dish Wash
  3. Basic H
  4. Shaklee Fresh Laundry
  5. Softener
  6. Set penjagaan kulit muka Nutriwhite
  7. Set penjagaan rambut Prosante

Bagi anda atau orang tersayang anda menghidapi psoriasis, bolehlah mencuba set di atas ini atau boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat: Set Lengkap Atasi Psoriasis Dengan Selamat

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat: Set Lengkap Atasi Psoriasis Dengan Selamat

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat: Testimoni Pengguna Pesakit Psoriasis

Di bawah adalah salah satu testimoni yang saya bawakan untuk anda.

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat: Testimoni pengguna pesakit psoriasis menggunakan set Shaklee

7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat: Testimoni pengguna pesakit psoriasis menggunakan set Shaklee

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dan konsultansi.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

Carian anti penuaan :

Diabetes dan penuaan: Cara Perlahankan Penuaan Bagi Pesakit Diabetes

By | 10/05/2016

 

Diabetes dan penuaan. Di negara kita,  bilangan pesakit diabetes semakin meningkat. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, bilangan pesakit diabetes menunjukkan peningkatan sebanyak 40%. Diabetes juga merupakan faktor pembunuh utama negara, walaupun pesakitnya tidak mati disebabkan diabetes. Namun pesakit diabetes meninggal akibat komplikasi diabetes yang mereka alami contohnya sakit jantung, strok, dan darah tinggi.

Berikut adalah apa yang anda perlu tahu mengenai kesan diabetes pada penuaan dan sebaliknya, dan apa yang anda boleh lakukan untuk kekal sihat dan bertenaga dengan baik meniti usia tua.

Peningkatan pesakit diabetes di Malaysia dalam tempoh 10 tahun

Peningkatan pesakit diabetes di Malaysia dalam tempoh 10 tahun

Diabetes dan penuaan: Apa yang berlaku semasa penuaan

Apabila kita semakin tuan kita akan sedar rambut sudah kelabu, kulit sudah berkedut, tetapi penuaan menyebabkan perubahan di seluruh badan. Apakah antaranya?

Proses Penuaan berlaku kepada semua orang, tetapi biarlah penuaan secara sihat

Proses Penuaan berlaku kepada semua orang, tetapi biarlah penuaan secara sihat

1. Kadar Metabolik

Kadar metabolik akan menurun sejajar dengan usia. Menurut pakar, kadar metabolik akan menurun 2% setiap 10 tahun bermula pada umur 20 tahun. Penurunan ini hampir sama dengan kehilangan jisim otot yang juga menurun sejajar dengan usia.

2. Kapasiti Aerobik

Kapasiti aerobik adalah keupayaan tubuh memproses oksigen – juga menurun dengan usia. Kapasiti aerobik seseorang pada umur 65 tahun biasanya hanya 60% hingga 70% daripada apa yang kita peroleh semasa muda (walaupun penurunan itu kelihatan kurang pada orang tua yang kerap bersenam). Penurunan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk fungsi lemah pada paru-paru, fungsi jantung dan peredaran darah.

3. Keupayaan Insulin

Badan juga secara beransur-ansur menjadi kurang mahir mengambil dan menggunakan glukosa daripada aliran darah. Keadaan ini dikenali sebagai intoleransi glukosa. Salah satu faktor yang menyumbang kepada glukosa toleransi adalah keadaan yang dikenali sebagai rintangan insulin, di mana tisu badan menjadi kurang sensitif kepada insulin. Ini mungkin kerana mempunyai terlalu banyak lemak badan, yang mengganggu keupayaan otot untuk menggunakan insulin.

4. Tulang rapuh

Kandungan mineral tulang juga menurun apabila umur meningkat, menyebabkan apabila tua kita semakin lemah dan tulang lebih rapuh. Ini mungkin berkaitan dengan faktor pemakanan, kurang pengambilan kalsium, tidak aktif. Pada wanita pula perubahan hormon selepas putus haid meningkatkan peluang untuk osteoporosis dan patah tulang.

Tulang rawan sekitar sendi cenderung semakin haus dan menyebabkan kesakitan, bengkak, dan kehilangan pergerakan sendi. Malah, kira-kira separuh daripada mereka yang berusia 65 tahun atau lebih tua mempunyai masalah sekurang-kurangnya dengan 1 sendi. Contohnya masalah lutut. Ibu bapa kita ramai ada masalah lutut betul kan?

5. Masalah Deria – Penglihatan, Pendengaran, Rasa

Apabila tua, biasanya akan mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran terutama rabun dekat dan perubahan kepada tahap cahaya.  Orang tua akan kehilangan keupayaan untuk mendengar bunyi-bunyi dalam frekuensi atas atau untuk mendengar bunyi yang berbeza apabila terdapat banyak bunyi latar belakang. Deria rasa mungkin juga terjejas justeru keupayaan spatial, penaakulan, penyelesaian masalah kompleks, dan ingatan kerja, semua akan merosot sedikit dengan usia.

Diabetes dan penuaan: Bagaimana diabetes menyumbang kepada penuaan

Diabetes dan komplikasinya boleh menyumbang atau meniru proses penuaan dalam beberapa cara. Terdapat beberapa bukti bahawa glukosa darah tinggi itu sendiri boleh menyumbang kepada penuaan.

1. Faktor Advanced Glycation Endproduk (AGE)

Glukosa dalam darah mengikat kepada protein seluruh badan melalui proses yang dipanggil glycation nonenzymatic. glukosa dan protein ini  berinteraksi secara kimia dan menghasilkan beberapa metabolik byproduk seperti advance glycation endproduk (AGE). Tidak seperti byproduk metabolik yang lain, AGEs tidak memecahkan sebaliknya mereka berkumpul di seluruh badan.

AGEs adalah kimia yang sangat reaktif, dan mereka bergabung dengan molekul yang lain untuk membentuk ikatan dipanggil pautan silang. Pautan silang ini mengubah sifat sel-sel, tisu, dan saluran darah badan, menjadikan mereka kaku dan tidak berfungsi. Walaupun perubahan ini berlaku kepada semua orang kerana proses penuaan, proses ini lebih cepat pada orang dengan diabetes. AGEs dianggap menyumbang kepada komplikasi diabetes, termasuk penyakit kardiovaskular, penyakit mata diabetes, penyakit saraf kencing manis, dan penyakit buah pinggang disebabkan diabetes.

Video dibawah menjelaskan tentang AGE

2. Komplikasi Diabetes

Komplikasi Diabetes juga boleh mempercepatkan proses penuaan. Penyakit mata yang berkaitan dengan diabetes, termasuk retinopati, edema makular dan katarak, boleh memburukkan masalah penglihatan. Pesakit diabetes juga cenderung mendapat gangguan saraf (disebabkan oleh penggunaan ubat kencing manis) dan menyebabkan risiko penyakit arthritis dan masalah saraf pada kaki dan tangan. Diabetes juga boleh menyebabkan sakit buah pinggang dan menurunkan fungsi buah pinggang. Selain itu pesakit diabetes juga cenderung mendapat penyakit berkaitan kardiovaskular contohnya sakit jantung dan strok.

 

Diabetes dan penuaan: Langkah-langkah Untuk Mengatasi Kerosakan Akibat Penuaan Dan Diabetes

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi beberapa kesan yang merosakkan penuaan dan diabetes. Antaranya:

 

1. Kekal Aktif Secara Fizikal

Kebanyakan kesan penuaan, termasuk metabolisme yang lebih perlahan dan kapasiti aerobik berkurangan, bukan disebabkan secara langsung kepada umur.. Pelbagai bentuk senaman, bagaimanapun, boleh membantu mengekalkan jisim otot. Senaman aerobik, seperti berlari, berbasikal, berenang, dan berjalan, dikenali untuk membantu paras glukosa darah yang lebih rendah pada orang dengan diabetes. Di samping itu, dari masa ke masa ia meningkatkan stamina, membantu dalam penurunan berat badan, dan membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kepentingan bersenam melambatkan penuaan dan membantu pesakit diabetes

Kepentingan bersenam melambatkan penuaan dan membantu pesakit diabetes

Latihan kekuatan mempunyai banyak manfaatnya. Dengan membina jisim otot, latihan kekuatan juga boleh mencegah penurunan dalam penggunaan tenaga yang membawa kepada diabetes jenis 2. Nampaknya kedua-dua kekuatan latihan dan senaman aerobik boleh meningkatkan metabolisme glukosa dan boleh membantu dalam meningkatkan kawalan glukosa darah pada orang dengan diabetes ditubuhkan.

 

Senaman dan latihan ini boleh dilakukan oleh semua orang. Mungkin masyarakat kita belum terbuka bab ini, tapi kalau kita lihat ramai mat saleh masih cergas di usia tua mereka. Mereka boleh kembara, mendaki bukit walaupun pada usia 50-60an.

 

2. Pemakanan Seimbang

Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan pelbagai jenis makanan berasaskan tumbuhan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser. Lebihkan pemakanan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mendapatkan manfaat fiber dan micronutrien yang selalu kita ketepikan.

Pemakanan Seimbang Membantu Memperlahankan Penuaan Bagi Pesakit Diabetes

Pemakanan Seimbang Membantu Memperlahankan Penuaan Bagi Pesakit Diabetes

3. Tidur Yang Berkualiti

Tidur yang tidak mencukupi bukan sahaja boleh membawa kepada rasa tidak bermaya dan tidak fokus, tetapi ia secara langsung boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal anda. Kajian telah menunjukkan bahawa kekurangan tidur boleh menyebabkan rintangan insulin, yang boleh membuat diabetes lebih sukar untuk dikawal dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

4. Dapatkan pemeriksaan yang kerap

Mendapatkan pemeriksaan yang kerap boleh membantu menjaga masalah kesihatan yang kecil daripada menjadi masalah kronik. Ini termasuk pemeriksaan yang kerap doktor, pemeriksaan mata, ujian buah pinggang, peperiksaan kaki, lawatan doktor gigi, dan vaksin.

5. Pengambilan Suplemen

Zaman sekarang suplemen dan vitamin sudah menjadi keperluan, bukan lagi pilihan. Makanan yang kita makan selain berlakunya pencemaran, turut mempunyai nilai nutrisi yang kurang. Ini menyebabkan kita perlu mengambil nutrisi tambahan melalui suplemen dan vitamin. Pilihlah jenama yang baik dan berkualiti, di sini kami cadangkan jenama Shaklee.

Suplemen dan vitamin yang sesuai untuk memperlahankan penuaan dan menangani diabetes akan saya tuliskan dalam posting akan datang.

 

Kesimpulan

Penuaan tidak dapat dielakkan. Dengan melakukan semua yang anda boleh untuk menjaga badan dan minda anda, anda boleh membantu mencegah beberapa penyakit yang melemahkan dikaitkan dengan usia dan menjalani kehidupan yang penuh, bermakna, dan bertenaga.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

 

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan

By | 05/05/2016

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan

Baru-baru ini ada berita tentang radikal bebas daripada bahan kimia sintetik menyebabkan penuaan. Siapa ada baca keratan akhbar baru-baru ini berkenaan syarikat Dettol telah disaman kerana menyebabkan masalah kesihatan dan kematian. Katanya kejadian berlaku di Korea.

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Dettol Korea disaman kerana menyebabkan kematian dan penyakit berkaitan peparu

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Dettol Korea disaman kerana menyebabkan kematian dan penyakit berkaitan peparu

Di dalam kejadian tersebut, produk yang digunakan adalah penyegar udara yang mereka gunakan pada musim sejuk. Sebenarnya ini bukan perkara baru, sewajarnya kita juga sudah mula mengurangkan penggunaan bahan sintetik sebegini. Antara bahan yang ditemui dalam produk ini adalah:

  1. phthalates – bahan yang mengganggu sistem endokrin. Phthalates ada bermacam jenis, dalam satu-satu produk boleh mengandungi sehingga 3 jenis phthalates.
  2. toluena – bahan yang boleh merosakkan hati, buah pinggang dan otak jika terdedah terlalu lama

Kita maklum bahawa produk yang lain juga bertaraf sintetik. Yang mana ianya sangat berbahaya kepada tubuh kita. Ini kerana produk sintetik seperti ini akan menyebabkan radikal bebas bersarang dalam tubuh kita.

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Antara barang yang diperbuat daripada phthalates

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Antara barang yang diperbuat daripada phthalates

Setiap Hari Kita Terdedah Kepada Sekurang-kurangnya 126 bahan kimia berbahaya

Ambil contoh seorang wanita daripada bangun tidur hingga tidur, dia akan terdedah kepada 126 jenis bahan kimia berbahaya. Ini kerana seseorang wanita kemungkinan akan menggunakan bahan berikut:

  • Mandian
  • Ubat Gigi
  • Pewangi
  • Pencuci muka dan set kebersihan muka
  • Alat mekap
  • Sabun pencuci pinggan
  • Sabun basuh
  • Pewangi kereta
  • Dan lain-lain lagi.

Semua ini mengandungi toksin dan radikal bebas yang berbahaya kepada kita. Ini maksudnya tidak boleh gunakah? Boleh, tapi pastikan anda:

  • Kalau ada alternatif bahan yang selamat, beralihlah kepada bahan yang selamat.
  • Kalau tiada bahan yang selamat, minimakan penggunaan.

Dalam artikel ini saya akan jelaskan berkenaan salah satu penyebab penuaan iaitu radikal bebas.

Apakah Radikal Bebas Dari Bahan Sintetik Yang Punca Penuaan

Dalam ayat yang mudah difahami, radikal bebas seumpama satu objek yang terencat. Apabila terencat ianya jadi tidak stabil dan sentiasa cuba untuk mengganggu objek lain.

Radikal bebas kadangkala boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh kita akibat stress, atau terhasil daripada faktor luaran seperti asap rokok, bahan-bahan pencemar lain, bahan kimia daripada makanan dan sinaran ultra ungu.

Jika banyak radikal bebas di dalam tubuh inilah mendedahkan kepada penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser. Radikal bebas juga merosakkan kulit dan seterusnya menyebabkan penuaan sel kulit pra matang.

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Penyakit kronik hari ini disebabkan kebanyakannya oleh radikal bebas

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Penyakit kronik hari ini disebabkan kebanyakannya oleh radikal bebas

Bagaimana Radikal Bebas Dari Bahan Punca Penuaan

Radikal bebas memang secara semulajadi terbentuk di dalam tubuh kita kerana ia merupakan produk sampingan daripada fungsi normal sel. Namun, jumlah radikal bebas yang dihasilkan setiap hari tidaklah sama.

Pencemaran udara, makanan tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal atau bersenam, semua ini menentukan berapa banyak radikal bebas yang terbentuk.

Malangnya radikal bebas ini tidak hanya merosakkan satu sel tapi membentuk kesan domino sehingga kerosakan yang berlaku semakin meluas.

Contohnya, ketika radikal bebas mengoksidakan asid lemak, akan mengubah asid lemak menjadi radikal bebas, yang kemudian merosakkan asid lemak lain. Rantai reaksi ini berlaku sangat cepat. Terdapat 2 cara penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas:

Enzim Superoksida Dismutase Kurang Berfungsi Disebabkan Oleh Radikal Bebas Bahan Sintetik Punca Penuaan

Ketika kita masih muda, sel-sel badan mempunyai sistem pertahanan yang dikenali sebagai SOD (superoksida dismutase). Enzim yang merupakan antioksidan ini memang secara semula jadi berada di dalam tubuh untuk menentang radikal bebas.

Seiring bertambahnya usia, enzim SOD tidak lagi boleh bekerja dengan optimum. Akibatnya kehadiran radikal bebas jauh lebih kuat berbanding dengan keupayaan antioksidan dalam tubuh untuk memeranginya.

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: SOD semakin kurang berfungsi menyebabkan penuaan pra matang

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: SOD semakin kurang berfungsi menyebabkan penuaan pra matang

Semakin besarnya kekuatan radikal bebas, semakin besar pula kerosakan sel yang berlaku. Itu sebabnya organ-organ di dalam tubuh semakin terdedah dihinggapi penyakit seperti kanser, gangguan jantung, kerana rosaknya sel-sel di otak, penyakit alzheimer, parkinson dan sebagainya.

Selain radikal bebas di dalam badan, kini semakin banyak juga radikal bebas yang menyerang dari persekitaran luar tubuh. Contoh radikal bebas dari luar seperti:

  • Sinar ultraviolet matahari yang berlebihan juga merupakan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan oksidatif pada sel-sel kulit.
  • Bahan-bahan kimia daripada produk-produk yang kita gunakan seharian turut menyebabkan radikal bebas bersarang dalam tubuh.

Kerosakan kepada Mitokandria Akibat Radikal Bebas Bahan Sintetik Punca Penuaan

Kerosakan akibat radikal bebas turut memberikan kesan kepada DNA, terutama pada sel mitokandria. Radikal bebas menyebabkan sel bermutasi secara tidak terkawal. Lama kelamaan ia menyebabkan tubuh menua secara pra matang dan penyakit pun berlaku.

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Mitokandria yang mengalami disfungsi akibat DNA bermutasi menyebabkan penuaan pra matang

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Mitokandria yang mengalami disfungsi akibat DNA bermutasi menyebabkan penuaan pra matang

Bagaimana Mengelakkan Keaktifan Radikal Bebas Dari Bahan Sintetik

Pengambilan Makanan Tinggi Antioksidan Membantu Mengelakkan Penuaan Punca Radikal Bebas Bahan Sintetik

Untuk membantu antioksidan tubuh melawan radikal bebas, tubuh kita perlu mengambil antioksidan dari luar yang boleh kita peroleh dari pelbagai makanan.

Antioksidan adalah sejenis bahan kimia yang boleh memberikan sebuah elektron yang diperlukan radikal bebas, tanpa menjadikan dirinya berbahaya.

Dengan demikian, antioksidan dapat menghentikan serangan radikal bebas sehingga dapat memperlahankan penuaan dan mengelakkan penyakit akibat degenerasi.

Antara makanan yang kaya dengan antioksidan adalah

  • Buah-buahan berries seperti blueberi, strawberi, blackberi dan lain-lain
  • Durian belanda
  • Delima
  • Teh hijau
Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Makanan kaya antioksidan membantu meneutralkan aktiviti radikal bebas

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Makanan kaya antioksidan membantu meneutralkan aktiviti radikal bebas

Selain pengambilan secara langsung daripada makanan, anda juga boleh mengambil vitamin atau suplemen untuk melengkapkan nutrisi anda. Anda juga perlu tahu pengambilan suplemen dan vitamin dewasa ini merupakan satu keperluan.

Dalam artikel akan datang saya akan dedahkan lagi berkaitan suplemen dan vitamin yang sesuai untuk kita menentang penuaan pra matang dan radikal bebas.

Minimumkan Pendedahan Punca Radikal Bebas Seperti Bahan Kimia dan Toksin Punca Penuaan

Sangat penting untuk kita meminimumkan pendedahan kepada bahan kimia dan toksin berbahaya. Memang sukar sebenarnya hendak lari daripada penggunaan bahan kimia ini. Berikut saya senaraikan pendedahan kita terhadap bahan kimia setiap hari:

  • Ayam (cucuk)
  • Racun serangga pada sayuran dan buah-buahan
  • Penggunaan alat mekap
  • Bahan pencuci pakaian
  • Bahan pencuci rumah dan pinggan mangkuk
  • dan banyak lagi

Namun, zaman sekarang banyak juga alternatif kepada produk kegunaan harian. Contohnya produk yang diperbuat secara organik atau produk bebas bahan berbahaya. Contohnya dari jenama Shaklee yang memang berikrar dengan senarai tidak seperti berikut:

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Jaminan Shaklee produknya tidak mengandungi bahan berbahaya

Radikal Bebas Dari Bahan Kimia Sintetik Punca Penuaan: Jaminan Shaklee produknya tidak mengandungi bahan berbahaya

Shaklee begitu yakin dalam hal penggunaan bahan yang selamat ini. Sebab apa, kalau tidak betul, kita sebagai pengguna boleh saman Shaklee kalau pernyataan ini tidak benar.

Terdapat kajian penggunaan produk MLM untuk tempoh 3 tahun di mana Shaklee hanya mendapat aduan sebanyak 10 aduan sahaja. Itupun hanya aduan berkaitan isu teknikal umpamanya penghantaran dan sebagainya.

Berhenti Merokok

Asap rokok merupakan penjana radikal bebas yang sangat aktif. Berhenti merokok akan dapat mengurangkan radikal bebas dan memelihara kesihatan.

Kesimpulan

Kesimpulannya untuk mengelakkan penuaan pra matang, seeloknya kita elakkan radikal bebas daripada bertimbun di dalam tubuh kita. Kita mungkin merasakan ini tidak penting, namun begitu saat kita terkena penyakit, pada ketika itu barulah kita tahu kepentingan penjagaan tubuh yang sihat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Anda juga boleh dapatkan suplemen khususnya berkaitan anti penuaan daripada saya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

Carian anti penuaan :

Apakah Anti Penuaan dan Kepentingannya

By | 04/05/2016

Apakah Anti Penuaan dan Kepentingannya

Sana-sini orang bercakap tentang Anti Penuaan, sehingga ada juga yang salah faham berkenaannya. Ada yang kata buat apa hendak melawan penuaan, sebab kita semua pun memang akan tua. Ini pendapat yang tidak tepat disebabkan kurang maklumat. Dalam artikel ini saya akan menerangkan berkenaan anti penuaan dan mengapa perlunya kita melawan penuaan.

Apakah Anti penuaan?

Daripada artikel Kepentingan Anti Penuaan

Penuaan adalah satu istilah ringkas untuk satu set proses yang menyumbang kepada kemerosotan kesihatan dan akhirnya mati dengan peredaran masa.

Dalam erti kata lain apa-apa proses, yang menyumbang kepada penurunan yang berkaitan dengan usia dalam prestasi, produktiviti dan kesihatan adalah satu komponen daripada proses penuaan yang memerlukan perhatian.

Anda boleh memikirkan penuaan sebagai satu kumpulan proses bertanggungjawab manifestasi seperti meningkatkan risiko kelemahan, hilang upaya, morbiditi (penyakit-penyakit degeneratif yang berkaitan dengan usia khususnya) dan seterusnya meningkatkan kadar kematian.

Daripada istilah di atas jelas penuaan bukanlah semata-mata berkaitan kecantikan atau awet muda.

Penuaan memang akan berlaku kepada setiap orang, tetapi cepat atau lambat adalah bergantung kepada perkara di atas. Anda pernah lihat situasi berikut:

  • Seorang lelaki berumur 27 tahun tetapi penuh uban di kepala?
  • Seorang gadis berumur 22 tahun tetapi sudah ada kanser payudara?
  • Seorang kanak-kanak berumur 13 tahun sudah ada penyakit sopak?
  • Bagaimana pula kanak-kanak seawal umur 2 tahun sudah menghidap kanser?

Semua ini sukar untuk dijelaskan sebab musababnya. Namun begitu kebanyakan saintis menyimpulkan salah satu faktor adalah penuaan yang sangat pantas dan pemakanan tidak sihat.

Kepentingan Anti Penuaan: Kita mahu tubuh yang sihat dan panjang umur untuk beribadah dengan baik dan selesa

Kepentingan Anti Penuaan: Kita mahu tubuh yang sihat dan panjang umur untuk beribadah dengan baik dan selesa

Peranan Sel Dalam Badan Manusia

Tubuh manusia terdiri dari unit-unit yang dikenali sebagai. Sel ini memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup untuk manusia. Untuk kekal sihat dan kuat, sel ini memerlukan pemakanan yang seimbang dan lengkap dengan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Tubuh badan manusia akan secara semulajadi membaikpulih dan menggantikan sel-sel yang telah tua atau mati dengan sistematik dan teratur.

 

  • Sel-sel badan akan digantikan dengan sel-sel yang lemah kerana kekurangan makanan yang seimbang dan kurang nutrien. Proses ini dikenali sebagai degenerasi.
  • Sel-sel badan akan digantikan dengan sel-sel yang berkualiti sama dengan yang asal kerana bekalan makanan yang mencukupi.
  • Sel-sel badan akan digantikan dengan sel-sel yang lebih baik, lebih kuat dan lebih segar. Dengan pemakanan dan nutrien yang mencukupi proses ini dipanggil penjanaan semula. Inilah yang dikenali sebagai anti penuaan.

Faktor Penyebab Penuaan

Terdapat beberapa faktor yang merangsang penuaan kepada proses penuaan semulajadi manusia. Antaranya adalah:

Kepentingan Anti Penuaan: Antara faktor penuaan pra matang

Kepentingan Anti Penuaan: Antara faktor penuaan pra matang

Cahaya Matahari

  • Cahaya matahari merupakan faktor luaran yang memberikan pengaruh kepada penuaan semulajadi
  • Waktu yang paling berbahaya dan sewajarnya untuk dihindari ialah ketika sinar UV di antara jam 10:00 pagi sehingga 3:00 petang.

Radikal bebas

  • Radikal bebas adalah antara teori yang paling diakui oleh kebanyakan saintis.
  • Teori ini mula diketengahkan oleh Professor Denham Harman pada tahun 1954. Ia menyatakan bahawa penuaan adalah disebabkan oleh pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas.

Sebenarnya ada banyak lagi faktor yang menyumbang kepada penuaan yang pra matang ini. Namun saya akan kongsikan lagi dalam artikel seterusnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Anda juga boleh dapatkan suplemen khususnya berkaitan anti penuaan daripada saya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

Pengedar Shaklee Gombak Anti Penuaan Terbaik

By | 03/05/2016
selamat datang ke blog antipenuaan

Selamat datang ke blog baru saya sebagai pengedar Shaklee Gombak iaitu blog yang memfokuskan tentang anti penuaan terbaik.

Alhamdulillah akhirnya terbina juga blog baru saya ini sebagai salah satu cabang fokus bisnes RK Land Legacy yang berdasarkan kepada Shaklee.

Saya adalah pengedar sah Shaklee dan telah berada di dalam bisnes Shaklee selama lebih daripada 4 tahun. InsyaAllah berpengalaman untuk membantu anda mendapatkan kesihatan lebih baik di samping menjana pendapatan bagi yang mahu bersama-sama saya mendaki puncak kejayaan.

Pengedar Shaklee Gombak

Blog utama saya adalah vitamin-cerdik di mana segalanya ada di dalam sana termasuk set menyusu, set kanak-kanak, set wanita jelita, set lelaki segak dan macam-macam lagi.

Blog ini pula akan memfokuskan kepada anti penuaan. Anti penuaan merupakan masalah kesihatan disebabkan oleh penuaan pra matang, bukanlah masalah kecantikan semata-mata. Antara masalah kesihatan disebabkan oleh penuaan pra matang adalah:

  • Diabetes atau kencing manis
  • Kanser
  • Darah tinggi
  • SLE, termasuk sopak dan psoriasis
  • Sakit buah pinggang
  • dan pelbagai masalah kesihatan kronik

Saya membuat COD bagi daerah Gombak atau sekitarnya. Namun saya juga membuat pos ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan juga ke seluruh dunia jika memerlukan.

Anda boleh hubungi saya di maklumat tertera.

 

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak